Wednesday, July 29, 2015

Wantutri

katakan saja kau cinta aku dalam diam
boleh saja aku cinta kau dalam dalam

tapi sayang semua dah terpadam.
ayuh kita kawan sampai lebam.

pikir

Aku memikirkan kamu setiap hari
dan besok pasti aku akan memikirkan kamu lagi.

Aku melihat sela-sela dijariku, aku memikirkan kamu
Aku bangun dari tidur dan melirik kearah waktu
aku memikirkan kamu

diwaktu malam tatkala aku menarik selimut
aku memikirkan kamu
sehingga membobok tidurku

aku sentiasa memikirkan kamu
sedang kamu sentiasa meragui aku

sadis.

Monday, July 27, 2015

Al-kisah

Sebermula, tersebutlah kisah tentang gadis yang memakai sadis. Ada selangnya beberapa purnama, gering hatinya terlalulah sangat. Beberapa pula dicarikan tabib dan pawang akan mengubatinya tiada juga mahu betah. Selang antara beberapa lamanya gadis itu gering maka berlakulah keajaiban tuhan. Arakian dikarunia tuhan berahi berkata, betahlah di hatinya. Maka diparbuat olehnya blog yang diberinama MRCQTS untuk mengubat duka lara juga cerita bahagianya.